Wednesday, March 24, 2010

PENGALAMAN

Selama lebih 8 tahun penglibatan syarikat di dalam bidang ini, alhamdulillah kedudukan syarikat bertambah baik dari segi pasaran dan kewangan. Beberapa syarikat perbankan terbesar juga menaruh kepercayaan kepada pihak Sirna Baiduri Ent. untuk melantik kami sebagai panel syarikat bagi tujuan servis dan menyelenggara alat pemadam api di premis mereka. Antaranya pihak Maybank dan Bumiputera Commerce Finance Bhd.

Kami juga berjaya meyakinkan pemilik2 Stesen Minyak antaranya Petronas, Shell dan Caltex di sekitar Seberang Perai dan Kulim, Kedah dengan kerja-kerja membekal, servis dan menyelenggara alat pemadam api kami yang memuaskan hati mereka.

Kami juga menjalankan kerja-kerja membekal, servis dan selenggara alat pemadam api ini di agensi-agensi kerajaan seperti :

Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan
Institut Latihan Perindustrian
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang
Bangunan KWSP Seberang Jaya
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang Selatan
Pejabat Kesihatan Daerah
Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara
Ssekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang

Kami juga menjalankan perkhidmatan di kilang-kilang, institusi pendidikan, kelab-kelab persendirian dan premis2 perniagaan di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang selain di Kulim dan Sungai Petani di Kedah.

No comments:

Post a Comment