Wednesday, March 24, 2010








Jenis-jenis Alat Pemadam Api

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api mudahalih ini tetapi jenis yg digunakan secara meluas dan selamat adalah dari jenis :

1) serbuk kering (9kg Dry Powder Type)
2) gas karbon dioksida (2.27kg Co2 Type)


Alat pemadan api jenis serbuk kering adalah sesuai dan yang terbaik untuk setiap bangunan, sekolah dan premis2 perniagaan. Kebaikannya ialah ia meninggalkan lapisan bahan tidak terbakar di atas bahan yang dipadamkan yang mana boleh mengurangkan risiko kemungkinan menyala semula. Walaubagaimana pun ianya juga mengakibatkan keadaan yang amat kotor, tetapi jika terpaksa memilih api atau kotor, pilihlah kotor!

Alat pemadam api jenis gas karbon dioksida pula sesuai digunakan bagi kebakaran elektrik terutamanya komputer dan peralatan makmal lain. Kelebihannya ialah ia tidak meninggalkan sisa berbahaya.

Alat-alat Pemadam Api kami adalah daripada pengeluar dan pengilang alatan pencegah kebakaran terbesar di Malaysia dan diluluskan oleh SIRIM QAS Sdn Bhd dan Lloyd's Register of Shipping (M) Bhd.



No comments:

Post a Comment